Friday, 26 February 2010

Hiasan

Salam Pengenalan

Saya terpanggil untuk memulakan satu blog baru di bawah nama Pemandu Teksi Bermeter kerana sejak akhir-akhir ini macam ada satu trend mencari salah pemandu teksi terutama sekali di KL.

Siapa yg bela mereka? Tak kan le dari 18000 pemandu di Lembah Kelang ini tak ada langsung yang baik. Balik2 setiap hari ada saja yg komen busuk tentang mereka.

Saya jangka ramai pelanggan yg pernah mendapat khidmat yg baik akan bersama saya untuk membantu memberi maklumbalas yg positif tentang pengalaman mereka.

Dalam masa yg sama saya ingin mengajak anak2/kaum kerabat pemandu teksi membantu memberi komen mereka.

InsyaAllah dgn ada nya blok ini mungkin kita dapat bantu mempertingkatkan lagi perkhidmatan teksi di Malaysia terutamanya di Bandaraya KL ini di masa hadapan.